Jumaat, 30 Oktober 2009
BASIC OF RAFRIGERANT SYSTEM..
Posted on 3:10 PG by STuDio hArdwaRE
(B02-02-04-LE3-IS3b) | ||||
TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP | PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA – TAHAP 2 (SEMESTER 2) | |||
No. DAN TAJUK MODUL | M04 ELECTRICAL MACHINE APPLICATION | |||
No. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN | LE1 KENALPASTI JENIS-JENIS ALAT PENGUKURAN DAN PENGUJIAN ELEKTRIK. LE2 BUAT PENGUJIAN LITAR DAN REKOD SERTA MENGIRA ANGGARAN BEBAN. LE3 KENAL ASAS BINAAN, FUNGSI DAN SIFAT MOTOR 1 FASA DAN 3 FASA. | |||
OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN | SERVICE SINGLE AND THREE PHASE ELECTRICAL MOTOR BY REFERRING TO SERVICE MANUAL USING CORRECT METHOD AND PROCEDURE; SO THAT :- 1. ELECTRICAL SYSTEM WITH LOAD GENERATED. 2. RECORD VOLTAGE AND RUNNING AMPERE. 3. COMPUTE POWER CONSUMPTION OF THE LOAD. 4. ADHERE TO SAFETY REGULATION. | |||
ISI KANDUNGAN LE 3 – KENAL ASAS BINAAN FUNGSI DAN SIFAT MOTOR 1 FASA DAN 3 FASA. Ø TASK 12.06 – Service single phase electrical motor Ø TASK 12.07 – Service three phase electrical motor | ||||
No. & TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN | LE3 Kenal asas binaan fungsi dan sifat motor 1 fasa dan 3 fasa. | |||
No. & TAJUK TUGASAN | TASK 12.06 – Service single phase electrical motor TASK 12.07 – Service three phase electrical motor | |||
Code No. : B02-02-04-LE3-IS3b | Muka : 3 drp. : 14 | |||
TAJUK : PENGENALAN KEPADA PRINSIP , BINAAN , OPERASI DAN PENGGUNAAN PELBAGAI JENIS MOTOR A.U. FASA TUNGGAL TUJUAN : Kertas penerangan ini adalah untuk menerangkan kepada pelatih pengenalan kepada prinsip , binaan , operasi dan penggunaan pelbagai jenis motor A.U. fasa tunggal. PENERANGAN : Secara umumnya , motor arus ulangalik boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu motor satu fasa atau fasa tunggal dan motor tiga fasa . 1. Motor Fasa Tunggal Motor satu fasa ialah motor yang direka khas supaya dapat dikendalikan pada bekalan satu fasa sahaja. Saiz motor ini dibuat kecil sebab kecekapannya rendah dan perbelanjaan pengurusannya lebih tinggi jika dibandingkan dengan motor tiga fasa pada ukuran fizikal yang sama .Lazimnya motor ini digunakan di kilang-kilang perusahaan dan kadar kuasanya dihadkan sehingga 8 kW sahaja . 1.1 Motor Dan Binaannya | ||||
Code No. : B02-02-04-LE3-IS3b | Muka : 4 drp. : 14 | ||||
Motor satu fasa dikelaskan mengikut binaan dan prinsip bagaimana ia dijalankan. Secara umumnya motor ini terbahagi kepada dua jenis iaitu motor komutator dan motor aruhan . | |||||
Code No. : B02-02-04-LE3-IS3b | Muka : 5 drp. : 14 | ||||
2. Jenis-jenis Motor Motor Berkomutator Motor jenis ini biasanya menghasilkan daya kilas permulaan yang tinggi pada kelajuan yang rendah. Sebaliknya , kelajuan motor ini akan bertambah bila bebannya kurang sehingga boleh mencapai kelajuan yang merbahaya lalu menyebabkan belitan angker terbakar. Terdapat beberapa jenis motor berkomutator di antaranya ialah : a) Motor Tolakan b) Motor Pemula Aruhan Tolakan c) Motor Belitan Medan Siri Arus Ulang Alik ( Motor Universal ) 2.1.a Motor Tolakan Motor ini biasanya dibina pada keupayaan yang kecil tidak melebihi 4 kW . Dimana stator dibelitkan dengan belitan satu fasa yang disambungkan terus kepada bekalan satu fasa.Manakala rotor motor seakan-akan sama dengan angker yang berserta dengan komutator tetapi kedua-dua punca berus karbonnya sentiasa berlitar pintas. Apabila belitan stator motor dibekalkan dengan bekalan satu fasa , ia akan menjadi seolah-olah belitan primer transfomer kerana ia akan menghasilkan arus aruhan di rotor secara aruhan saling .Oleh kerana litar angker berlitar pintas pada komutator , arus aruhan di rotor yang terhasil ini amat kuat sehingga mampu menghasilkan uratdaya di rotor.Sekiranya berus motor ini berada pada sudut tegak atau mengufuk dengan medan stator , pusingan rotor tidak akan terhasil kerana pada sudut ini tidak akan berlaku pemotongan pengalir.Oleh itu , tidak ada arus dan uratdaya yang terhasil di rotor untuk bertindakbalas dengan medan di stator.Pada masa kedudukan berus mengufuk dan menegak ini uratdaya di rotor lain , tetapi motor tidak juga berputar ( berpusing ) .Oleh kerana itu berus hendaklah diletakkan di antara kedua-dua kedudukan itu . Dengan ini , tolakan antara uratdaya rotor dengan uratdaya stator akan terwujud . Motor ini mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan motor belitan medan siri iaitu kelajuannya akan bertambah apabila beban motor itu dikurangkan.Untuk menyongsangkan putaran motor ini , kedudukan berus karbon perlu ditukarkan sama ada ke depan atau ke belakang daripada kedudukan mengufuk.Putaran motor ini akan mengikut arah kedudukan berus karbon itu diletakkan.jika menggunakan cara lain , motor ini boleh diubah arah putarannya dengan mengetap belitan pemula dan mengubah arah putarannya. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan belitan penyongsang kepada belitan utama dengan menggunakan suis pengubah arah putaran. Motor ini sesuai digunakan untuk membuat kerja-kerja menarik beban kerana ia memerlukan daya kilas permulaan yang tinggi.namun begitu tugas motor ini sekarang telah di ambil alih oleh motor arus ulang alik berkapasitor .Biasanya motor yang berukuran kecil boleh dihidupkan secara sambungan terus ke bekalan.Untuk motor berukuran sederhana permulaannya disambung kepada talian yang digunakan untuknya dan terdapat rintangan yang disambungkan sesiri dengan bekalan supaya arus permulaannya dapat diturunkan . |
Code No. : B02-02-04-LE3-IS3b | Muka : 6 drp. : 14 | ||||||||||||
Rajah 1 . Litar mudah Motor Tolakan . Kedudukan berus karbon bersudut tepat dengan medan stator.
Rajah 2 . Kawalan arah pusingan Motor Tolakan . 2.1.b Motor Aruhan Tolakan Binaan motor ini serupa dengan motor pemula aruhan tolakan, bezanya berus-berus karbon pada motor itu tidak akan diangkat daripada segmen-segmen komutator walaupun kelajuan kesegerakan . Motor ini dapat berputar lebih baik sewaktu permulaan dengan kelajuan yang tetap, sama ada ia berbeban atau tidak. Ini disebabkan motor iu mempunyai ciri-ciri motor tolakan semasa mula-mula berputar. Faktor kuasa dan kecekapan motor ini dianggap baik kerana kelajuannya hampir mencapai kelajuan kesegerakan. |
Code No. : B02-02-04-LE3-IS3b | Muka : 7 drp. : 14 | ||||||||||||||
Motor aruhan tolakan ini adalah pembaharuan kepada motor pemula aruhan tolakan.Untuk menghidupkan motor ini kita boleh menyambungkan terus ke bekalan atau dengan menggunakan pemula rintangan yang dipasang bersiri dengan motor itu.Bagi menyongsangkan putaran motor ini caranya serupa juga dengan cara yang digunakan pada motor tolakan iaitu sama ada menukarkan arah berus karbon atau menggunakan belitan penyongsang .
Rajah 6 . Binaan Motor Aruhan Tolakan Rajah 7 . Motor Aruhan Tolakan semasa mula-mula dihidupkan. |
Code No. : B02-02-04-LE3-IS3b | Muka : 8 drp. : 14 | ||||||
Rajah 8 . Motor Aruhan Tolakan setelah berputar Motor Aruhan Motor aruhan terdiri daripada stator yang berbelit dengan belitan satu fasa dan rotornya mempunyai bar-bar sangkar tupai.Bar-bar pengalir yang terdapat pada rotor itu berlitar pintas secara pateri di kedua-dua hujungnya dan rotor ini dikenali sebagai ‘sangkar tupai’ . Apabila belitan stator dibekalkan dengan bekalan A.U. satu fasa , ia akan menghasilkan medan yang berulang alik tetapi medannya tidak berupaya menghasilkan magnet yang berputar.Oleh kerana itu daya kilas tidak wujud untuk menggerakkan motor itu .Jika dipusingkan sedikit rotornya dengan tangan , motor itu akan terus berputar akan terus berputar mengikut arah pusingan yang dibuat itu . Jadi , kesimpulannya bagi membolehkan motor ini berputar sendiri tanpa bantuan dri luar seperti menggunakan tangan , motor itu perlu dipasangkan dengan belitan tambahan.Dengan penambahan belitan ini akan wujud dua fasa yang berlainan dan seterusnya menghasilkan a) Menggunakan Motor Aruhan Fasa Terbelah b) Motor Aruhan Jenis Kapasitor c) Motor Aruhan Kesegerakan Kutub Telau |
Code No. : B02-02-04-LE3-IS3b | Muka : 9 drp. : 14 | ||||
2.2.a Motor Aruhan Fasa Terbelah Motor ini dinamakan juga motor aruhan fasa terbelah pergerkan aruhan.Ia diputarkan dengan bantuan belitan tambahan atau lebih dikenali dengan nama belitan pemula.Belitan ini disambungkan secara selari dengan belitan utama.Belitan ini biasanya mempunyai bilangan yang hampir-hampir sama dengan belitan utama tetapi diameter pengalirnya lebih kecil.Kadang-kala litar belitan ini ditambahkan dengan cok atau rintangan untuk menambahkan rintangan litar, jadi jumlah rintangan litar pemula itu akan bertambah.Oleh kerana itu arus yang mengalir di dalamnya ( IP ) bolehlah dikatakan hampir-hampir sefasa dengan voltan bekalan manakala arus dibelitan utama ( Iu ) jauh terpisah daripada voltan fasa . Pada amnya perbezaan fasa kedua-dua arus ini kira-kir 30% pemecahan fasa. Dari sini nama motor ini wujud kerana fasa arus telah terbelah dua ( Iu dan IP ) . Belitan tambahan ini hanya digunakan untuk kegunaan sementara waktu sahaja kerana ia akan terbakar jika dibiarkan terus menerus dalam litar. Sebab itu belitan ini akan diputuskan daripada litarny dengan suis mekanisme emparan. Apabila kelajuan motor itu mencapai kira-kira 75% - 80% kelajuan kesegerakannya , ia aan terus berputar hanya dengan belitan utama . Motor aruhan fasa terbelah ini mempunyai ciri-ciri motor belitan medan pirau kerana ia berputar pada kelajuan yang agak tetap pada semua tahap beban. Oleh kerana itu motor ini amat sesuai untuk melakukan kerja-kerja yang memerluan kelajuan yang tetap. Contohnya : Alat-alat memesin seperti gergaji bulat , penyembur udara , mesin pengilat logam , pencanai dan sebagainya. Bagaimana pun kawalan kelajuan motor ini tidak dapat dibuat. Untuk menyongsangkan arah putaran motor aruhan fasa terbelag ini salah satu sambungan belitan medan utama atau belitan tambahan itu hendaklah disongsangkan ( tidak kedua-duanya sekali ) . Motor ini boleh dihidupkan dengan cara memberikan bekalan terus kepadanya. Bagi menghidupkan motor yang berukuran besar , pemula rintangan berubah yang disambungkan sesiri dengan belitan utama digunakan dan apabila motor ini mencapai kelajuan beban penuhnya rintangaan itu akan diputuskan daripada sambungannya .
TAMBAHAN Rajah 12 . Binaan Motor Aruhan Fasa Terbelah |
Code No. : B02-02-04-LE3-IS3b | Muka : 10 drp. : 14 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rajah 13 . Litar Motor Aruhan
Rajah 14 . Motor Aruhan dengan rintangan Rajah 15 . Vektor Motor Aruhan Fasa Terbelah |
Code No. : B02-02-04-LE3-IS3b | Muka : 11 drp. : 14 | ||||||||
Rajah 16 . Gelombang Arus Ip dan Iu bagi Motor Aruhan Fasa Terbelah. Motor aruhan fasa terbelah ini boleh memberikan daya kilas permulaan dari 175% - 200% daya kilas penuh motor itu . 2.2.b Motor Aruhan Jenis Kapasitor Motor aruhan jenis kapasitor ini termasuk juga dalam kelas motor fasa terbelah. Bezanya pembelahan fasa dibuat secara kapasitor. Oleh yang demikian sudut fasa menjadi semakin besar sebab pemasangan kapasitor ini bersiri dengan belitan tambahan. Dengan pemasangan kapasitor , daya kilas permulaan motor akan bertambah baik. Motor jenis ini bolehlah dibahagikan kepada tiga jenis iaitu : a) Motor Pemula Kapasitor Pergerakan Aruhan b) Motor Pemula Kapasitor Pergerakan Kapasitor c) Motor Pemula Dua Kapasitor ( satu menjadi penggerak dan satu lagi menjadi pemula ) |
Code No. : B02-02-04-LE3-IS3b | Muka : 12 drp. : 14 |
SOALAN : 1. Sebutkan dua bahagian jenis motor satu fasa dan berikan keterangan ringkas kedua-dua bahagian tersebut 2. Nyatakan secara ringkas prinsip dan binaannya secara gambarajah bagi Motor Tolakan 3. Nyatakan secara ringkas prinsip dan binaannya secara gambarajah bagi Motor Pemula Aruhan Tolakan . 4. Nyatakan secara ringkas prinsip dan binaannya secara gambarajah bagi Motor Belitan Medan Siri Arus Ulang Alik . 5. Nyatakan secara ringkas prinsip dan binaannya secara gambarajah bagi Motor Aruhan Fasa Terbelah . 6. Nyatakan secara ringkas prinsip dan binaannya secara gambarajah bagi Motor Aruhan Jenis Kapasitor . 7. Nyatakan secara ringkas prinsip dan binaannya secara gambarajah bagi Motor Pemula Kapasitor Pergerakan Aruhan. 8. Nyatakan secara ringkas prinsip dan binaannya secara gambarajah bagi Motor Pemula Kapasitor Pergerakan Kapasitor. 9. Nyatakan secara ringkas prinsip dan binaannya secara gambarajah bagi Motor Pemula Dua Kapasitor. ( Pemula dan Pergerak ) . |
Code No. : B02-02-04-LE3-IS3b | Muka : 13 drp. : 14 |
(a) ______________________________________________ (b) ______________________________________________ (c) ______________________________________________ (d) ______________________________________________ (e) ______________________________________________ (f) ______________________________________________ (g) ______________________________________________ | |
Code No. : B02-02-04-LE3-IS3a | Muka : 14 drp. : 14 |
(a) ______________________________________________ (b) ______________________________________________ (c) ______________________________________________ (d) ______________________________________________ (e) ______________________________________________ (f) ______________________________________________ (g) ______________________________________________ (h) ______________________________________________ RUJUKAN : 1. PEMASANGAN DAN PENYENGGARAAN ELEKTRIK ABDUL SAMAD BIN HANIF PENJANAAN VOLTAN DAN ARUS ULANG ALIK ; m/s: 276-285. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA , KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA , |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
No Response to "BASIC OF RAFRIGERANT SYSTEM.."
Leave A Reply