Jumaat, 23 Oktober 2009

Aksesori air-conditioner..

Posted on 2:04 PG by STuDio hArdwaRE


AKSESORI.


 Aksesori merupakan alat tambah yang biasa digunakan di dalam sesuatu sistem.

 Selain daripada 4 komponen utama seperti pemampat,pemeluwap,peranti pemeteran dan penyejat, alatambah juga dipasang dan digunakan pada sistem.

 Alatambah ini dapat membantu meninggikan keberkesanan sistem dari segi kecekapannya atau keselesaan kendaliannya.



JENIS-JENIS ALATAMBAH.

 1) pengasing minyak (Oil Separator)

 2) Perendam bunyi (Muffler)

 3) Penukar haba (Heat Exchanger)

 4) Pengering (Filter Drier)

 5) Akumulator sedutan (Accumulator)

 6) Kaca Cerap (Sight Glass)

 7) Penunjuk kelembapan

 8) Tangki penerima (Reciever Tank)

 9) Injap Solenoid (Solenoid Valve)

 10) Injap Pengatur Tekanan Penyejat

 11) Injap Sehala

 12) Injap Servis

 13) Injap Pengatur Tekanan Kotak

Engkol

 14) Injap Pelega

 15) Injap Penebuk / Sadap Saluran

 16) Perangkap U

 17) Penghapus Getaran



pengasing minyak

(Oil Separator).

 Ia adalah suatu alat penakung yang berfungsi untuk memisahkan atau mengasingkan minyak daripada bahan pendingin.

 Dan secara automatik mengembalikan minyak ke pemampat.

 Pengasing minyak ini dipasangkan di saluran nyahcas (Discharge line)

Operasi pengasing minyak.

 Apabila wap bahan pendingin yang bercampur dengan minyak mengalir keluar melalui saluran nyahcas, bahan pendingin ini akan mengalirkan minyak ke dalam pengasing minyak melalui sesekat.

 Oleh kerana terdapat perbezaan dari segi kepekatan di antara wap bahan pendingin dengan minyak.

 Minyak akan mengenai sesekat dan terkumpul pada permukaan sesekat.

 Kemudian minyak ini akan menitik ke bawah pengasing minyak.

Oleh kerana isipadu pengasing minyak lebih besar daripada saluran nyahcas, maka kelajuan wap bahan pendingin menjadi rendah di dalamnya dan ini memberi kesempatan untuk minyak terpisah dan seterusnya terkumpul.

 Terdapat injap apungan di bahagian bawah pengasing minyak ini.

 Apabila kuantiti minyak yang terkumpul mencukupi, apungnya akan naik ke atas dan membuka injapnya.

 Minyak yang terkumpul di pengasing minyak akan mengalir masuk ke dalam kotak engkol pemampat kerana terdapat perbezaan tekanan di antara kedua-duanya.



Perendam bunyi (Muffler).

 Perendam bunyi berfungsi untuk mengurangkan bunyi dan getaran pada saluran sistem yang dihasilkan oleh aliran denyut wap bahan pendingin.

 Ia dipasang di saluran nyahcas dan seberapa dekat yang boleh dengan pemampat.

 Ia boleh dipasang dengankedudukan menegak atau melintang.

 Perendam bunyi mempunyai saluran yang berlubang-lubang halus dan beberapa petak di dalam kelompangnya.

 Halaju gas bahan pendingin yang melalui perendam bunyi akan menjadi agak rendah daripada halaju gas di saluran nyahcas kerana luas keratan yang lebih besar.

 Minyak akan terperangkap jika perendam bunyi ini di pasangkan pada penaik.

 Ia boleh dipasang dengankedudukan menegak atau melintang.

 Perendam bunyi mempunyai saluran yang berlubang-lubang halus dan beberapa petak di dalam kelompangnya.

 Halaju gas bahan pendingin yang melalui perendam bunyi akan menjadi agak rendah daripada halaju gas di saluran nyahcas kerana luas keratan yang lebih besar.

 Minyak akan terperangkap jika perendam bunyi ini di pasangkan pada penaik.

Penukar haba (heat exchanger).

 Penukar haba dalah suatu alat yang digunakan untuk memindahkan haba dari satu bahantara yang lain.

 Ia digunakan untuk memindahkan haba daripada cecair bahan pendingin di saluran cecair ke gas bahan pendingin di saluran sedutan.

Tujuan pemindahan haba oleh penukar haba ini adalah untuk :-

 1) Subdingin cecair bahan pendingin yang mengalir dari pemeluwap ke peranti pemeteran. Ini bertujuan merendahkan tekanan dan suhu bagi mengelakkan gas pancar (flash gas) daripada terbentuk di saluran cecair.

 2) Memastikan wap bahan pendingin yang memasuki pemampat adalah kering. Ini juga dapat merendahkan haba lampau dari penyejat ke pemampat.

 3) Menyejatkan sebarang cecair bahan pendingin yang keluar dari penyejat dari memasukki pemampat.

 Kedudukan penukar haba bergantung kepada kegunaannya pada sistem.

 Jika digunakan untuk subdingin cecair, ia dipasang seberapa hampir dengan pemeluwap.

 Jika digunakan untuk keselamatan pemampat, ia dipasang seberapa hampir dengan penyejat.



Pengering (Filter drier).

 Pengering berfungsi sebagai penyerap kelembapan dalam sistem yang bercampur dengan bahan pendingin.

 Bahan yang digunakan bagi menyerap kelembapan yang terdapat di dalam pengering disebut sebagai bahan pengering.

 Bahan pengering ini berbentuk butir-butir pepejal yang berupaya menyerap kelembapan daripada gas, cecair atau pepejal.

 Terdapat beberapa jenis bahan pengering yang digunakan iaitu :-

 Alumina teraktif/alumina tergiat.

 Gel silika.

 Barium oksid.

 Kalsium sulfit.

Zeolyte (molekul ayak).

 Kelembapan yang terdapat dalam sistem boleh menyebabkan peranti pemeteran diselaputi oleh ais dan pembentukan asid pada bahan pendingin yang akan menguatkan komponen dalam sistem.

 Pengering dipasang di saluran cecair.

 Ia dapat menapis zarah-zarah pepejal yang terkandung di dalam cecair bahan pendingin.



ACCUMULATOR.

 Ia berfungsi memerangkap cecair bahan pendingin daripada memasuki pemampat di saluran sedutan.

 Dapat melindungi pemampat daripada berbunyi bising atau rosak.

 Cecair yang masuk ke akumulator akan terpeluwap.

 Hanya wap bahan pendingin sahaja yang keluar darinya dan memasuki pemampat.

 Peranti pemeteran yang tidak dapat mengawal pengaliran bahan pendingin apabila berlakunya kekurangan beban di penyejat akan menyebabkan cecair memasuki pemampat.



Pemanas kotak aci engkol

(Crankcase heater).

 Pemanas ini dipasang bagi tujuan memanaskan pelincir sewaktu sistem tidak berfungsi.

 Semasa sistem tidak berfungsi, bahan pendingin akan bercampur dengan minyak di kotak engkol.

 Minyak yang bercampur dengan bahan pendingin akan menjadi likat (pekat) dan boleh mengurangkan pelinciran dalam pemampat, hal ini boleh merosakkan injap.

 Pemanas kotak engkol dipasang di dalam, di luar atau di bawah kotak engkol.

 Pemanas kotak engkol akan berfungsi sebaik sahaja sistem berhenti.



Kaca Cerap (Sight Glass).

 Kaca cerap boleh menunjukkan keadaan bahan pendingin dalam sistem, sama ada bahan pendingin itu mencukupi atau tidak.

 Jika bahan pendingin tidak cukup dalam sistem, akan terdapat gelembung-gelembung buih cecair bahan pendingin di kaca cerap.

 Pada kebiasaannya, kaca cerap diletakkan bersama-sama dengan penunjuk kelembapan.

 Penunjuk kelembapan berupaya menentukan kehadiran jumlah kelembapan dalam bahan pendingin.

 Bahan kimia khas akan berubah warna jika bahan pendingin mempunyai kelembapan.

 R-12 jika bahan pendingin mengandungi kelembapan, bahan kimia akan bertukar kewarna ungu. Manakala warna biru menunjukkan kelembapan yang sedikit.

 R-22 dan R-500, bahan pendingin kimia menunjukkan warna hijau semasa kering dan warna ungu semasa ada kelembapan.

 Kaca cerap/penunjuk kelembapan dipasang di saluran cecair selepas pengering dan sebelum peranti pemeteran.



Tangki Penerima

(Liquid Receiver)

 Ia adalah tempat menyimpan cecair bahan pendingin.

 Digunakan pada sistem yang menggunakan peranti pemeteran jenis injap pengembangan atau jenis pelampung.

 Kedudukannya di bahagian bawah atau bersebelahan dengan pemeluwap (saluran cecair high pressure).

 Ia berupaya menyimpan cecair bahan pendingin semasa penyejat mengalami proses pencairbekuan.



Injap solenoid.

 Digunakan untuk mengawal pengaliran bahan pendingin secara automatik ke penyejat.

 Ia digunakan pada sistem yang menggunakan lebih daripada satu penyejat dan sistem yang suhunya berbeza-beza.

 Injap solenoid mempunyai beberapa bahagian iaitu :-

 Gegelung

 Pelucuk dan

 Injap

Apabila bekalan elektrik memasuki gegelung, gegelung akan akan menghasilkan tenaga dan pelucuk akan terangkat ke atas serta membuka injap supaya bahan pendingin dapat melalui injap solenoid dan mengalir ke penyejat. Begitulah sebaliknya jika bekalan elektrik diputuskan.

Terdapat 3 jenis injap solenoid iaitu :-

 (a) Injap dua hala - yang mengawal pengaliran bahan pendingin, terutamanya dalam proses ‘pump down’.

 (b) Injap tiga hala - yang mengawal pengaliran bahan pendingin dalam dua saluran yang berasingan.

 (c) Injap 4 hala atau injap patah balik - yang digunakan untuk sistem penyejukan songsang.



Injap pengatur tekanan penyejat.

 Ia dapat mengawal suhu penyejat pada kadar yang dikehendaki, terutamanya pada sistem yang menggunakan lebih daripada satu penyejat.

 Injap ini beroperasi berdasarkan skru pelaras pada A.

 Jika skru pelaras A dilaraskan dengan kuat (ke bawah) tekanan dari penyejat juga perlulah tinggi di bahagian B bagi mengatasi pegas pada skru pelaras untuk membukakan saluran bahan pendingin.

 Apabila tekanan di penyejat seimbang dengan tekanan skru pegas pelaras, injap akan terbuka pada kadar yang di laraskan.

Wap bahan pendingin akan mengalir ke pemampat pada keluasan pembukaan injap tersebut.



INJAP SEHALA (Check Valve)

 Injap sehala digunakan bagi mengarahkan pengaliran cecair atau wap bahan pendingin ke satu arah sahaja.

 Injap ini dapat menghalang cecair bahan pendingin daripada memasuki pemampat melalui saluran nyahcas ketika sistem berhenti.

 Ia sering digunakan pada sistem yang banyak menggunakan penyejat, pam haba dan kitar balik.



Injap servis (service valve)

 Injap dipasangkan di bahagian ;-

• Sedutan pada pemampat

• Nyahcas pada pemampat

• Saluran keluar tangki penerima

Terdapat 4 bahagian utama injap servis ;

a) batang injap

b) Liang tolok

c) Sambungan ke saluran sedutan/nyahcas

d) Sambungan ke pemampat

b) Terdapat 3 kedudukan injap servis iaitu :-

a) a) Kedudukan hadapan (Front seat) – (pusing ikut arah jam) sehingga habis. Saluran sedutan/nyahcas tertutup, liang tolok terbuka, saluran pemampat terbuka (seperti dalam gambarajah B).

b) b) kedudukan belakang (Back seat) - (pusing ikut arah lawan jam) sehingga habis. Saluran sedutan/nyahcas terbuka, liang tolok tertutup, saluran pemampat terbuka (seperti dalam gambarajah C).

c) c) Kedudukan pertengahan (Intermediate) - (pusing mengikut beberapa arah pisingan jam atau arah lawan jam). Saluran sedutan/nyahcas terbuka, liang tolok terbuka, saluran pemampat terbuka (seperti dalam gambarajah A).



Injap pengatur tekanan kotak engkol.

 Injap ini dipasang di saluran sedutan berhampiran dengan pemampat.

 Ia mampu mengurangkan tekanan sedutan pemampat yang tinggi supaya pemampat tidak rosak.

 Tekanan saluran ini menjadi terlalu tinggi apabila sistem hendak memula petama kali atau setelah menyahcas.

 Operasi injap ini untuk mengatur atau mengawal tekanan keluar wap sedutan di pemampat supaya malar.

 Jika tekanan keluar dari penyejat meninggi, injap akan tertutup untuk mengurangkan pengaliran.

 Jika tekanan keluar adalah di bawah pelarasan injap, injap akan terbuka sepenuhnya.



Injap pelega tekanan .

 Injap ini adalah injap keselamatan yang bertugas melegakan tekanan yang terlalu tinggi dalam sistem ke atmosfera.

 Injap ini dikendalikan pegas dan wap bahan pendingin.

 Apabila tekanan wap dalam sistem terlalu tinggi, berlawanan dengan tekanan pegas, tekanan wap akan menolak pegas ke atas.

 Sebaik sahaja pegas terangkat, wap akan dilegakan ke atmosfera.

 Apabila wap telah dilegakan, tekanan dalam sistem akan rendah semula.

 Pegas akan menolak gegedang dan menutup saluran semula.



Palam boleh lakur.

 Ia juga digunakan dalam sistem untuk melegakan tekanan yang tinggi dalam sistem ke atmosfera.

 Ia akan cair sebaik sahaja suhu sistem menjadi tinggi.

 Palam ini dipasang dalam paip saluran wap bahan pendingin.

 Ia akan cair bergantung pada pekaitan suhu dan tekanan sistem.



Injap Penebuk.

 Injap ini digunakan untuk mengetahui keadaan tekanan bahan pendingin di dalam saluran atau mengecas bahan pendingin ke dalam sistem terkedap pada saluran sedutan atau saluran cecair.

 Injap penebuk ini adalah sesuai digunakan bagi saluran tiub kuprum yang bersaiz 5mm, 6mm dan 9mm.



Perangkap U.

 Perangkap U dipasang di saluran sedutan berhampiran dengan pemampat.

 Fungsinya sama dengan akumulator.

 Ia dapat memerangkap cecair bahan pendingin dari memasuki pemampat.

 Dan dapat melindungi pemampat dari rosak.



Penghapus Getaran.

 Ia dapat mengurangkan getaran yang dihasilkan oleh unit pemeluwap dan pemampat.

 Ia berupaya menghalang getaran di sepanjang saluran penyejukan.

 Ia dipasang di bahagian sedutan dan saluran cecair, berhampiran dengan unit pemeluwap.



Sekian...

No Response to "Aksesori air-conditioner.."

Leave A Reply