Khamis, 22 Oktober 2009

Refrigerant And Air-condtioner System..

Posted on 12:06 PTG by STuDio hArdwaRE


REFRIGERANT AND AIR-CONDTIONER SYSTEM.


It is defined as the process of treating air so as to control simultaneously its humidity, cleanliness, distribution as well as temperature to meet the requirements of the conditioned space.
KOMPONEN-KOMPONEN UTAMA


1.COMPRESSOR
2.CONDENSER
3.METERING DEVICE
4.EVAPORATOR
5.ACCESSORIES

PEMAMPAT (COMPRESSOR)
*      Pemampat juga disebut sebagai jantung pada sistem penyejukan.
*      Pemampat berfungsi untuk menyenggara perbezaan tekanan diantara bahagian tekanan tinggi dan bahagian tekanan rendah.
*      Dua perkara akan berlaku :
Suhu dan tekanan dipemeluwap akan naik, membolehkan proses penyingkiran haba berlaku.
Suhu dan tekanan akan menjadi rendah, dan ini membolehkan bahan pendingin mendidih dan menyerap haba.


PEMELUWAP (CONDENSER)


v  Pemeluwap merupakan alat untuk menyingkirkan haba daripada wap bahan pendingin yang diserap di penyejat.
v  Wap panas bahan pendingin akan mengalir melalui dinding pemeluwap dan didinginkan oleh bahantara seperti brin, udara, air atau gabungan udara dan air


PERANTI PEMETERAN
(METERING DEVICE)

Peranti pemeteran adalah salah satu daripada komponen yang
terdapat dalam sistem penyejukan.  Peranti pemeteran ini
berfungsi dalam :
*      Untuk mengawal kadar kemasukan cecair bahan pendingin dari saluran cecair ke penyejat pada kadar tertentu dan beroperasi pada keupayaan maksimum supaya tidak membebankan pemampat.
*      Untuk menyenggara perbezaan tekanan di antara bahagian tekanan tinggi dan tekanan rendah.  Ini membolehkan bahan pendingin menyejat pada tekanan rendah di penyejat dan memeluwap pada tekanan tinggi di pemeluwap.

KELENGKAPAN TAMBAHAN

 -FILTER DRIER.

 -CHECK VALVE.

 -OIL SEPARATOR.

 -ACCUMULATOR.

 -LIQUID RECEIVER.




INJAP SEHALA
(ONE-WAY VALVE/CHECK VALVE)

*      Injap sehala digunakan bagi mengarahkan pengaliran cecair atau wap bahan pendingin ke satu arah sahaja.
*      Injap ini dapat menghalang cecair bahan pendingin daripada memasuki pemampat melalui saluran nyahcas semasa sistem berhenti.
*      Ianya sering digunakan bagi sistem/unit yang mempunyai banyak penyejat dan pam haba.

PERENDAM BUNYI
(MUFFLER)

*      Berfungsi untuk mengurangkan bunyi dan getaran pada saluran sistem yang dihasilkan oleh aliran denyut wap bahan pendingin.
*      Ianya dipasangkan pada saluran nyahcas dan seberapa dekat dengan pemampat.
*      Perendam bunyi mempuyai saluran yang berlubang-lubang halus dan beberapa petak di dalamnya yang mana dengan ini akan mengakibatkan halaju aliran bahan pendingin akan rendah.

PENGASING MINYAK
(OIL SEPARATOR)

*      Pengasing minyak adalah satu alat penakung yang berfungsi untuk memisahkan minyak dari bahan pendingin, dan secara automatiknya mengembalikan minyak ke pemampat.
*      Alat ini dipasangkan pada saluran nyahcas.


PENGGUNAAN KELENGKAPAN TAMBAHAN DALAM KITARAN BAHAN PENYEJUK








No Response to "Refrigerant And Air-condtioner System.."

Leave A Reply