Khamis, 22 Oktober 2009
Water pump system..
Posted on 3:30 PTG by STuDio hArdwaRE
Kesemua pam di atas digunakan untuk sistem penyamanan udara . Pam empar adalah yang paling popular kerana binaannya yang mudah , dan mudah dipasangkan tanpa memerlukan ruang yang besar.
PRINSIP PAM AIR EMPAR.
• Struktur pam air empar
• Cawan utama – digunakan untuk mengisikan air ke dalam talal.
• Pendesak – digunakan untuk mengawal kadar aliran air yang melalui paip buangan.
Kerangka – diperbuat daripada loyang dan digunakan untuk menukarkan kelajauan motor yang tinggi pada pendesak kepada tekanan air yang tinggi.
Jenis-jenis Pam Air.
• A) pam empar – pam volut dan
• pam turbin
• B) Pam alir paksi – pam pendorong
• C) Pam salingan – pam omboh dan
• pam pelocok
• D) Pam putar – pam ram dan pam gear
• E) Pam khas – pam jet dan pam
Wesuce.
OPERASI WATER PUMP EMPAR.
• Air dari takungan bahagian bawah menara pendinginan akan masuk melalui turas agar segala kekotoran tidak memasuki bahagian dalam pam .
• Injap sehala yang terletak selepas turas berfungsi untuk mengelakkan air berpatah balik ke belakang .
• Air yang sudah dituras akan memasuki pendesak melalui paip sedutan . Pendesak yang berputar dalam keadaan kelajuan yang tinggi akan mengemparkan air yang dibawa masuk itu ke dalam tatal.
• Emparan yang terlalu kuat menyebabkan tekanan air yang rendah bertukar menjadi tekanan yang tinggi dan dibuangkan ke dalam paip buangan lalu masuk ke dalam pemeluwap .
• Jika semasa permulaan pergerakan pam , air tidak dapat disedut msuk dan diemparkan , tuangkan sedikit air ke dalam cawan utama bagi menolong pendesak mengemparkan dan menyedut air masuk dari paip sedutan.
KEUPAYAAN PAM AIR.
• Keupayaan pam air bergantung pada kuasa kuda air dan kuasa kuda aci.
• Kuasa kuda air
• Kuasa kuda air boleh dihitung dengan menggunakan formula berikut:
• KKA = r . Q . H
• 75 x 60
• dengan r = Graviti cecair ( kg /m³ )
• Q = Kuantiti air ( m³ / minit )
• H = Turas air ( m )
Contoh pengiraan Kuasa Kuda Air.
• KKA = r . Q . H
• 75 x 60
• KKA = 1000 x 20 x 2
• 75 x 60
KKA = 8.8 hp
• Kuasa kuda aci atau brek
• Kuasa kuda aci atau brek ialah tenaga yang digunakan untuk menolak pam dan boleh dihitung dengan menggunakan formula berikut :
• KKB = KKA
• Eo
• 100
• Dengan KKA = Kuasa kuda air
• Eo = Keupayaan keseluruhan dalam %
• Contoh
• Jika kuasa air bagi sebuah pam air ilah 3.12 kk dan pemampat beroperasi keseluruhannya pada kadar 80% , kira kuasa kuda brek.
• KKB = KKA
• Eo
• 100
• = 3.12
• 80
• 100
• = 3.12
• 0.8
• KKB = 3.9 kk
• Keupayaan keseluruhan pam air (Eo ) adalah keupayaan bagi pam air itu semasa beroperasi. Keupayaan pam air boleh dihitung dengan formula berikut:-
•
• Eo = KKA X 100
• KKB
• Contoh
• Sekiranya sebuah pam air empar berfungsi dengna kuasa kuda air berjumlah 4.38 dan kuasa kuda breknya
• 5.2 kk, kira keupayaan pam air itu.
• Eo = KKA X 100
• KKB
• = 4.38 x 100
• 5.2
• = 0.84 x 100
• Eo = 84%
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
No Response to "Water pump system.."
Leave A Reply