Khamis, 22 Oktober 2009

Mutiara ilmu..

Posted on 8:51 PG by STuDio hArdwaRE



KISAH NERAKA

Pada akhir zaman, dalam keadaan agama Islam semakin terhakis dan mulai pudar sinarnya dalam hati umat Islam. Umat Islam hari ini, leka dan alpa yang kemewahan dan kenikmatan hidup di dunia yang fana ini . Sehinggakan ada yang lupa untuk melakukan amal ibadah kepada pencinta-Nya dan ada pula yang sanggup untuk melanggar perintah Allah s,w,t semata-mata kerana mengejar harta  dunia. Di hari muka ini, umat Islam tidak lagi kisah dengan suruhan dan tegahan serta larang Allah s,w,t, malahan ada yang tidak mengambil tahu kemana dia akan pergi lepas daripada  hari kematiannya. Apakah dia akan ke naraka  atau ke syurga tidak penah telintas dalam kotak fikirannya. Apakah dia tidak pernah mendengar kisah mengenai hari pembalasan ?. Adakah dia seorang yang pekak atau tuli ?

Setelah melalui kehebatan dan huru hara di hari kiamat dan mahsyar, maka manusia akan ditimbang akan amalan-amalannya pada suatu neraca timbangan yang dikenali sebagai Mizan. Pada Mizan itulah ditimbangnya segala amal-amalan manusia sama ada yang baik atau yang buruk berbuatan seseorang manusia di dunia yang lalu. Mizan ini merupakan neraca timbangan yang adil seadil-adilnya. Sesiapa yang berat timbang amal kebajikannya maka dia beroleh ‘kemenangan’ dan amatlah rugi jika timbangannya berat pada kema’siatan yang dia lakukan di dunia. Kerugiannya itu tidak dapat ditebus dengan wang dan harta bendanya lagi, disinilah baru kita ketahui wang ringgit yang kita usahakan sampai tertupa kepada amal ibadah kepada Allah s,w,t itu tidak berguna lagi dan amat sia-sia. Oleh sebab yang demikian itu , orang yang beroleh kerugian ini akan dimasukkan ke dalam Neraka jahanam dan menerima azab yang pedih ada siksaan yang tidak dapat dibayangkan oleh akal manusia yang sedikit ini.

Bagaimana keadaan dan sifat Neraka itu, Allah s,w,t ada  mengemukakann ayat-ayat Al-Quran berkenaan hal tersebut dan yang terutamanya bagaimanakah keadaan penghuni Neraka yang terdiri daripada manusia dan batu berhala, sebagaimana dijelaskan di dalam Al-Quran dalam ( surah Al-Baqarah, ayat 24 ) maksudnya :

“ Maka takutlah kamu akan api Neraka, yang menyalakannya adalah manusia di batu. Nereka itu disediakan untuk orang-orang kafir.”

Neraka yang dijadikan oleh Allah s,w,t itu berlapis-lapis dan mempunyai tujuh nama contohnya Neraka Jhannam, Lazha, Huthamah, Saqar, Sa’ier, Jahim dan Haawiyah. Setiap Neraka ini bukan sahaja mempunyai namanya yang tersendiri tetapi setiap daripadanya mempunyai azab dan siksaan yang berbeza-beza antara satu tingkat dengan satu tingkat yang lain. Umat manusia yang dimasukkan ke dalam Neraka Allah s,w,t ini akan menerima hukuman berdasarkan onak dan noda yang dikerjakan oleh manusia itu semasa hajatnya di dunia lalu. Selagi mana dosa yang dia lakukan itu tidak abis di bakar oleh api Neraka maka dia akan terus tinggal didalamnya sehingga kesemuanya telah selesai barulah dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Sekiranya di dalam hatinya masil ada sebesar zarah keimanan kepada Allah s,w,t dan dialah orang paling akhir sekali akan masuk ke dalam syurga dan keluasan syurga orang yang ada iman sebesar zarah ini seluas langit dan bumi. Begitulah kasih dan sayangnya Allah s,w,t kepada hamba-hambanya yang beriman kepada walaupun sebesar zarah atau biji sawi ini tetap menerima ganjaran daripada Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Yang Maha Pengasih. Apakah kita mempunyai iman sebesar zarah ini ?.

Manusia yang menerima hukuman dalam Neraka ini diceritakan dalam beberapa ayat Al-Quran, antaranya

“ Aku akan memasukkannya ke dalam ( Neraka ) saqar. Tahukah kamu apa Neraka saqar itu ? Saqar itu tidak meninggalkan dan tidak membiarkan, Neraka saqar adalah pembakar kulit manusia.”
( surah Al-Muddassir –ayat 26-29 )

“ kerana sesungguhnya pada sisi kami ada belenggu-belenggu yang berat dan Neraka yang bernyala-nyala. Dan makanan yang menyumbat di kerengkongan dan azab yang pedih.”:
( surah Al- Muzzammil ayat 12-13 )

Sangatlah hebat dan dahsyatnya keadaan seksa dan azab nereka itu, tidak dapat kita bandingkan dengan sesuatu azab yang ada di dunia ini untuk menandingi azab Allah s,w,t yang amat pedih untuk pembuat dosa kepada Allah s,w,t. Kita kata penyamun @ perompak di tengah jalan atau pencuri yang masuk ke dalam rumah seseorang itu, setelah dia beroleh wang dan harta benda lalu dibunuh pula tuan rumah itu, kemudian dibakar pula rumah itu berserta kesemuanya, namun lebih dahsyat lagi keadaanya yang terpaksa dilalui oleh orang yang masuk ke dalam Neraka sama ada dia suka atau tidak dia mesti menanggung azab atas apa yang dikerjakannya.

Di Neraka tidak cukup dengan segala macam alat penyeksa dan pengazab yang hebat-hebat, disediakan gantungan disediakan rantai besi dan belenggu dari api, ular, kala, dan segala macam binatang yang bisa. Begitu pula air, darah, dan dapur yang busuk sekali baunya. Akan memekiklah dan meraunglah manusia yang akan diletakkan dalam api Neraka. Setiap yang akan diseksa dan dibakar seseorang itu, hancur luluh tubuh dan kulitnya serta tulangnya, amatlah sakit lagi pedih siksaan Allah s,w,t apabila sesudah hancur maka akan kembali semula pada bentuknya dan disiksaan dan dibakar lagi begitulah seterusnya, sakitan yang ditanggung hanya Tuhan Yang Maha Mengetahai. Semua manusia yang melakukan onak dan dosa kepada Allah s,w,t tidak akan terlepas daripada hukuman Allah s,w,t walaupun di dunia daluhu dia seorang peminpin yang agung, seorang hartawan yang hartanya bertimbun-timbun, seorang yang dihormati dalam masyarakat, dan seorang fakir miskin yang teramat susah sekali pun, tidak akan terlepas kalau seorang peminpin menderhakai suruhan Al-Quran dan Al-Sunnah, seorang hartawan yang mengunakan hartanya untuk berbuat ma’siat kepada Allah s,w,t, seorang yang dihormati mengunakan kehormatanya untuk menindas orang yang lemah dan seorang fakir miskin yang sememangnya susah tetapi apabila orang memberikan bantuan kepadanya tidak pula ia bersyukur kepada Allah s,w,t.

Kita semua tidak dapat lari daripada bertemu dengan Allah s,w,t tetapi kita dapat lari daripada masuk ke dalam api Neraka di kalau kita melakukan segala suruhan Allah s,w,t dan meninggalkan tegahan dan larangan Allah s,w,t. Kalau kita seorang manusia yang bijakpandai kita seharusnya tahu macam mana yang hendak membahagikan masa kita untuk setiap urusan yang kita lakukan, untuk menjamin yang kita bukan sahaja bahagia di dunia tetapi juga di akhirat, bukan kaya di dunia sahaja tepi fakir di akhirat, bukannya hamba dunia tidak pula hamba akhirat, kita hendaklah mengambil kedua-duanya itu dalam kehidupan kita sebagai manusia. Siapa tidak berhajat untuk hidup senang, memakai pakai yang elok, rumah yang indah dan serba mewah, kereta yang cangih dan hebat, dan pakat dan kedudukan dalam masyarakat. Islam tidak menghalangnya selagi maka ia tidak bertentangan dengan ketetapan syarak. Kita semua melakukan dosa dan kesalahan baik dengan Allah s,w,t mahupun sesama manusia, namun Allah s,w,t membuka pintu taubat dan pintu keampunan seluas-luasnya kepada hambanya yang melakukan dosa kepadanya.  Jika kita melakukan kesalahan kepada manusia maka dosa kita tidak dapat diampunkan oleh Allah s,w,t menlainkan kita memohon maaf kepadanya kalau dia maafkan kita terhapuslah dosa kita tapi kalau sebaliknya dosa kita kekal, sebab itulah kita jangan menyakiti hati dan mengata atau mengupat sesama kita. Sesiapa yang mengatakan tidak ada lagi kehidupan selepas dunia ini amat teramatlah silap dan suatu pembohongan yang nyata lagi terang. Fikirlah kemana kita semua selepas hati kematian kita ? Apakah kita akan mati dalam keadaan beriman atau kafir ? Sama ada kita akan mati dalam keadaan mengerjakan ibadah atau mengerjakan ma’siat ?. Pintu taubat  masil terbuka lagi sebelum kiamat dan sebelum kita dijemput untuk mengalir ke muara pencipta. Saya berdoa semoga kita dijauhkan oleh Allah s,w,t daripada Neraka dan semoga Allah s,w,t menerima taubat kita semua. Amin, ya Rabbalaalamin. 





No Response to "Mutiara ilmu.."

Leave A Reply