Jumaat, 23 Oktober 2009

Kerikir Tajam..

Posted on 2:24 PG by STuDio hArdwaRE












TASAWWUR NEGARA ISLAM



. Negara Islam merupakan Negara yang menghayati tuntutan islam yang sebenar dalam segala bidang, sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Antara gambaran Negara islam adalah seperti berikut :



o   Negara islam adalah sebuah Negara kebajikan yang diasaskan di atas prinsip syara’ demi mendaulatkan islam sebagai ad-Deen yang lengkap sempurna, menuju kebahagiaan dunia dan akhirat.



o   Negara islam dipimpin oleh seorang ketua Negara yang bertaqwa kepada Allah s,w,t dan yang terbaik di kalangan ummah. Dengan kepimpinanya, Negara tersebut akan tunduk dan patuh kepada perintah Allah s,w,t dan Rasul-Nya dalam semua bidang kehidupan



o   Negara Islam adalah Negara yang bertaqwa dan berbarakah, aman makmur di bawah keredhaan Allah s,w,t.



o   Syari’at islam menjadi pegangan utama pemerintah dalam menjalankan segala aktiviti pembangunan Negara.



o   Seluruh rakyat islam akan dididik kearah manghayati islam yang syumul ( sempurna ) untuk melahirkan nilai-nilai murni dalam pembangunan masyarakat dan Negara. Apabila perlaksanaan undang-undang islam berjalan dengan baiknya, maka lahirlah sebuah Negara yang bertaqwa. Dengan bertaqwa maka berbagai kesan yang baik akan berlaku seperti yang dijanjikan oleh Allah s,w,t dalam al-Quran, antaranya bantuan Allah untuk menyelesaikan masalah yang timbul di samping kekayaan yang melimpah ruah.



o   Orang bukan islam akan terus menikmati kebebesan beragama dan mengamalkan cara hidup mereka tanpa disekat atau dihalang oleh pemerintahan islam.



(  bersambung…..)









No Response to "Kerikir Tajam.."

Leave A Reply