Jumaat, 16 Oktober 2009

hayatilah puisi ciptaan sendiri...

Posted on 7:44 PG by STuDio hArdwaRE


Pesanan Buat Puteri..

Hari ini lautan bayu ku sentuh terasa sedingin imbun yang menitis. Ia datang Dan ia pergi tanpa aku sedari. Walaupun begitu ia akan pergi dan berulang kembali. Itulah lumrah sekian alam telah di takdirkan oleh sang Pencipta. Perasaan ku melayang bagai daun jatuh dari dahan, bila ia tidak berguna lagi putuslah tangkal terbang menyembah bumi.

Wahai sayang. Janganlah kau menangis kerana dengan tangisan itu tidak dapat mengubah kembali takdir ilahi. Cinta kita hanyalah sekadar hiasan taman larangan. Aku umpama burung merpati yang patah sayapnya. Tidak dapat terbang dengan sempurna. Hinggap sebentar setelah kepenatan. Mencari setitis air buat pembasah hati yang dahagakan kerinduan. Setelah lukaku sembuh harus terbang mencari permata. Kerana ia amat bermakna bagiku. Kau bunga berseri indah terpelihara. Walau hatiku berat meninggalkan mu puteri namun tidak semua mahligai cinta akan bersatu. Pasti ada halangan yang harus kita tempuh kerana itulah selembar haluan terbaik bagi kita.

Aku akui bahawa cintamu setulus hati lahir dari kasih-sayang. Ia turus mengalir ke dalam lubuk cintaku. Bila malam bulan menjelma wajah ayumu datang bersama. Wajah manismu dapatlah mengubat luka tercalar di dada. Mengenang nasib yang tidak bersinar hanya terselit secebis rasa rendah diri dan keyukuraan kapada Pencipta . Dengarlah wahai sayang. Kalau permata disimbah cahaya maka berserilah ia dipandang mulia.

Ingatlah pesanku wahai puteri kekasih hati. bahtera kita berhenti di persimpangan jalan, tersesat tanpa haluan selepas taufan tiba. Berenang-renanglah dalam selautan bahaya menanti. Mencurahkan air mata tiada berguna. kau bunga kembang mekar pasti ada kumbang memerhati dan cinta kita pasti ku ingat sampai akhir hayat ku ini.

No Response to "hayatilah puisi ciptaan sendiri..."

Leave A Reply