Khamis, 22 Oktober 2009

Sambutan ramadhan 2009..

Posted on 6:28 PG by STuDio hArdwaRE

SAMBUTAN RAMADAN

           

          Assalamualaikum wbt

Syukur kita kehaderat ilahi dengan limpah dan rahmat-Nya dapat lagi kita menghirup udara nyama di pagi yang penuh dengan barakah ini, dalam keadaan sihat waafiat dan berada dalam keadaan Negara yang aman dan damai , tidak seperti yang berlaku kepada Negara-negara umat islam yang lain dimana mereka ditindas dan di perlakukan tiada berperikemanusiaan oleh musuh-musuh islam yang tidak mahu melihat kebangkatan umat islam di dunia ini. Allaham duliallah, tidak berapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan dan keampunan di dalamnya, kurnian Allah kepada hamba-hambanya  yang beriman dan bertakwa kepada-Nya dengan erti kata yang sebenar bukannya untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai dan bukan untuk dipuji-puji oleh anggota masyarakat, tetapi dilakukan dengan hati yang ikhlas dan menharap keredaan Allah.

            Bulan Ramadan merupakan bulan untuk memupuk ketakwaan kita kepada Allah. Kehidupan duniawi selalu memperdayakan, sebahagian orang sampai terlupa fungsi kewujudannya lantaran terpesona dengan tarikannya, lalu dunia semertara ini berubah menjadi tujuan, manakala akhirat yang kekal dbadi diabaikan, sudah menjadi lumberah alam manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan terlupa. Namun bergitu, Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang tidak membiarkan manusia terus hanyut dalam kelalaian dan kealpaan. Allah menyediakan agenda tarbiyah bagi membina kekuatan diri agar segala cabaran duniawi dapat diharungi dengan tabah,cekal,dan bijaksana. Kekuatan ini adalah dorongan dalaman yang dikenali sebagai takwa. Takwa itu pada hakikatnya adalah kesedaran kea rah pemupukan iman ke dalam diri sehingga terjelma amalan salih yang diredai Allah daripada ucapan dan tindakannya. Roh takwa mendorong manusia mu’min memelihara diri daripada kemurkaan Allah dan azab-Nya. Mengajak manusia mentaati perintah Allah dan menjauhi larang-Nya serta membimbing manusia mengambil petunjuk daripada ayat-ayat Al-Qar’aniyyah dan ayat-ayat Al-Kawniyyah. Bulam Ramadan adalah bulan yang bergitu istimewa kerana Allah menyediakannya sebagai agenda tarbiyah tahunan selama sebulan bagi mendidik golangan mu’min menyucikan jiwa , memyempurnakan diri dengan akhlak mulia dan melakukan amalan salih menurusi setiap perbuatan agar terbina di dalam hati kita makna takwa. Allah s,w,t firman yang bermaksud;

                

Wahai orang-orang yang beriman, diwajidkan keatas kamu berpuasa                               sebagaimana  diwajidkan keatas orang-orang yang sebelum kamu,

agar kamu bertakwa





surah al-bagarah, 183





ingatlah! Kitra harus menyematkan dalam fikiran kita bahawa berpuasa kerana hendak memupuk makna takwa , sesiapa yang berpuasa kerana tujuan yang lain, maka tidak sampailah kepada hakikat puasa yang sebenarnya.





           





          Bulan Ramadan kita dituntut untuk memperbanyakkan amal kebajikan daripada bulan-bulan yang lain. Hai ini demikian kerana, Allah memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada bulan-bulan yang lain , hai ini memberi peluang kepada hamba-hamba-Nya untuk menanpung kekurangan amalan pada masa-masa yang lalu dan untuk menanbahkan lagi pahala disisi Allah. Ibadat puasa amat berkesan sebagai dorangan yang boleh merangsang perubahan jika ibadat puasa yang dilakukan itu benar-benar menurut manhaj llahiy. Saya ingin mengajak para hadiri sekalian melihat beberapa keistimewaan di dalam ibadat puasa antaranya ialah memecahkan nafsu, ibadat puasa adalah latihan rohani bagi menyempitkan pengaruh syaitan dan memecah nafsu syahwat jesteru itu syaitan berlari di dalam diri anak adam sebagaimana mengalirnya di dalam tubuh. Maka was-was syaitan itu dapat ditenang dan diredakan menurusi ibadat puasa. Oleh kerana itu Rasulullah bersabda yang bermaksud ;         





        “sesiapa di antara kamu yang sanggup memikul tanggungjawab, maka hendaklah ia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemuluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu dapat memecahkan nafsunya.” ( sahih al- Bukhariy )





Kata Ibu Hajar ketika mengulas hadith  ini ; “ pada prinsipnya, apa yang dituntun daripada amalan berpuasa itu ialah memecah syahwat;”. Kata Ibu rajab;” sesungguhnya pemuasan nafsu makan,minum, dan hubungan kelamin itu boleh menyebabkan manusia melampaui batas dan lalai. Selain ini, ia dapat mengosongkan hati kepada zikir justeru , pemuasan syahwat yang disebutkan tadi boleh mengeraskan hati dan membutakannya dan menghalang manusia daripada zikir dan fakir, lalu terdorong kepada aktiviti melalaikan. Beroleh kegembiraan , Rasulullah s,a,w bersabda masuknya





           “ ….orang yang berpuasa itu beroleh dua kegembiraan: Apabila berbuka ia gembira . apabila bertemu Tuhannya ia bergembira dengan puasanya.” ( sahih al Bakhariy)





Kata al- Qurtubiy; “ Gembira kerana hilangnya rasa lapar dan dahaga setelah dibolehkan berbuka.” Ini adalah kegembiraan yang tabi’I selain itu, adajuga yang gembira kerana berjaya menyempernakan  puasa, selasai memunaikan ibadahnya, berolah keringanan daripada Tuhannya dan mendapat pertolangan untuk berpuasa seterusnya. Kegembiraan yang seumpama ini bergantung kepada makam masing-masing. Manakala gembira bertemu dengan Tuhannya kerana dengan ibadat puasa itu ia berolah pahala. Kata Ibu hajar ; “ ia gembira kerana puasanya ketika itu diterima dan kerananya ia beroleh balasan yang banyak di sisi Allah.





         

























            Pemupukan jiwa takwa boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun. Namun begitu,pada bulan Ramadan agendanya lebih intensif kerana terdapat suasana yang amat membantu berbanding bulan-bulan yang lain. Bulan Ramadan mempunyai keistimewaan yang tidak terdapat dalam bulan-bulan yang lain. Keistimewaan tersebut diantaranya ialah terdapatnya pada suatu malam dalam bulan Ramadan yang sungguh istimewa dan tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain. Firman Allah dalam surah al-Qadr maksudnya

              “ Laylat al-Qadr itu lebih baik daripada 1000 bulan.”





Pada malam Laylat al-Qadr malaikat turun ke dunia. Oleh keranaitu, disebutkan bahawa pada pagi Laylat al-Qdr.cuacanya redup. Kata al –Qadi’lyad; “ Terjadinya demikian kerana turunnya para malaikat sehinggga cahaya matahari dilindungi sayap dan tubuh para malaikat.” Wallahua’lam. Pintu langit dibuka, Rasulullah s,a.w bersabda yang bermaksud





             “ Apabila tibanya bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka…..”





( salih al-Bakhariy )





Pintu-pintu langit dibuka itu adalah kinayah kepada turunnya rahmat, melimpahnya tawfiq serta naiknya amalan taat dan diterima dengan baik. Dalam sebuah hadith yang lain. Rasulullah s,a,w bersabda yang bermaksudnya





             “ Apabila tibanya bulan Ramadan, dibukaan pintu-pintu rahmat….”





( sahih muslim )





Dalam bulan Ramadan Allah membuka pintu syurga seluas-luasnya untuk orang yang bertakwa dan beriman kepada ajaran Allah. Rasulullah s,a,w bersabda maksudnya





            “ Apabla tibanya bulan Ramadan, pintu-pintu syurga dibuka.”





( sahih al-Bukhariy )





Kata al-Qadi’iyad: “ ini adalah tanda kedatangan Ramadan dan kemuliaannya .” ia juga boleh diibaratkan kepada amalan taat yang Allah bukakan kepada para hamba-Nya pada bulan –bulan yang lain seperti berpuasa , qiyam, melakukan kebaiakan dan menjauhi daripada bertengkar.





 

Rasulullah s,a,w- bersabda yang bermaksud:





              “ Apabila tibanya malam pertama bulan Ramadan dibelenggu syaitan-syaitan

                dan jin yang derhaka….”





Kata al-Qadi’lyan: “ makna belenggu itu ialah tergegah daripada menyakiti dan mengganggu orang-orang yang beriman.” Kalau begitu, kenapa maksiat masih lagi wujud pada bulan Ramadan? Ia terjadi kerana sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan pengaruh syaitan seperti jiwa yang rosak, adapt kebiasaan yang buruk dan dorongan syaitan manisia. Apabila syaitan sudah dibelenggu, maka tiada lagi alasan bagi mukallafuntuk meninggalkan amalan taat dan melakukan maksiat pada bulan Ramadan. Kata al-Qadi’iyad lagi, “ ia juga boleh diandaikan kepada makna majaz sebagai mengisyaratkan kepada melimpahnya pahala dan kemaafan kerana gangguan dan tipu daya syaitan sudah berkerangan.





     Bulan Ramadan sememangnya kita dituntut untuk memperbanyakkan amalan salih agar mendapat keredaan dan keberkatan daripada Allah. Dalam keghairahan beramal dalam bulan Ramadan, maka jangan lupa bahawa segala amalan yang dilakukan hendaklah mengikut petunjuk sunnah Nabi. Apa yang penting ialah memastikan amalan yang dilakukan  itu betul dengan berpandukan dalil, bukannya terkeluar daripada batasan ketetapan syarah. Rasulullah bersabda yang bermaksud:-





                 “ sesiapa yang malakukan sesuatu amalan yang bukannya merupakan perintah

                 Kami, maka amalannya itu ditolak.( sahih muslim )





Sehubungan dengan itu, ingatlah pesanan Ibu Mas’ud radiyaluhu’anh berkata yang ber kata” bersedarhana mengamal sunnah itu lebih baik daripada bersungguh-sungguh melakukan bid’ah ( sahih muslim ) Marilah kita meamati antara amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dalam bulan Ramadan ialah berpuasa, puasa bukan sekadar ibadat dengan menahan lapar dan dahaga. Puasa adalah perisai yang dapat melindungi diri daripada api neraka , ia adalah perisai yang dapat menahan pengaruh shahawatyang mungkinmembatalkan puasa atau mengurangkan pahala orang yang sedang berpuasa. Oleh itu,ibadat puasa menuntut setiap individu muslim memelihara mata, lidah, tangan, dan kakinya daripada perbuatan yang keji dan munkar. Rasulullah bersabda. Maksudnya:-





                  “ puasa itu perisai. Maka janganlah seseorang bercakap lucah dan berkelakuan

                   Tidak senonoh. Jika ada orang yang mencaci atau memakinya, maka      

                   hendaklah  ia mengucapakan :Aku berpuasa,aku berpuasa “ ( sahih al-

                    bukhariy)





berkelakuan tidak senonah, ialah tidak melakukan apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh orang-orang yang jahil. Antaranya ialah terpekik-pekik, mencaci maki dan bertengkar. Sikap sebegini dilarang setiap masa, lebih-lebih lagi ketika berpuasa.( Fath al-bari )

Menurut riwayat Ibu khuzaymah, daripada Abu Hurayrah- radiyallahu’anh – yang bermaksud:

                

                  “ Maka jika seseorang mengufuk kamu maka katakanlah: “Aku berpuasa “

                     Jika engkau ketika itu sedang berdiri , maka duduklah.”









Bahkan ‘A’ishah-radiyallahu’anha-mengatakan :





                  “ Mengumpat itu membatalkan puasa dan puasa pada hari itu wajid diganti

                      Pada hari yang lain”





Apa yang jelas, ibadat puasa itu tidak sekadar menahan diri daripada berlapar dan dahaga, tetapi juga wajib memelihara lidah,mata,dan telinga bagi setiap insan. Bersahur merupakan sunnah Rasulullah. Rasulullah s,a,w bersabda yang bermaksud:





                   “ pemisah yang membezakan diantara puasa kita dan puasa Ahl al-kitrab

                     Ialah makan sahur”. ( Sahih al-Bukhariy )





Kalimah  al-sahur itu apabila dibaca berbaris fathah bermaksud ganjaran dan pahala. Apabila dibaca berbaris dammah iaitu al-suhur bermaksud membawa barakah kerana menguatkan tubuh, menjadikannya cergas dan mengurangkan kepayahannya. Walau apapun, barakah pada amalan bersahur ini boleh diperolehi daripada pelbagai sudut. Antaranya ialah menguatkan tenaga untuk beribadah, menambah kecergasan, menjadi penyebab kepada kepada amalan bersedekah apabila ada orang yang meminta ketika itu atau dapat diajak makan bersama, atau dapat berzikir dan berdoa pada waktu yang doa lebih mudah diperkenankan. Oleh itu, barakah daripada amalan bersahur boleh diperolehi, baik dari sudut ukhrawi atau dunyawi. Maksud bersahur itu terhasil walaupun sekadar menjamah sesuap makanan atau seteguk miniman. Rasululllah s,a,w bersabda, maksudnya :-





                     “ bersahurlah walaupun sekadar sesuap makanan” ( sahih al-bari )

Kata zayd bin Thabit: “ jarak masa di antara bersahur dan solat subuh itu ialah sekadar waktu membaca 50 ayat al-Qur’an,





            Amalan memberi nasiat adalah tuntutan ajaran Islam. Ia perlu dilakukan di mana sahaja baik dalam bulan Ramadan atau di luar bulan Ramadan. Ia boleh dilakukan menerusi pelbagai cara, baik dengan tangan,lidah atau contah teladan. Kata umar-radiyallahu’ana – kepada orang yang mabuk pada bulan Ramadan. “ celaka engkau. Padahal kanak-kanak kita pun berpuasa” Umar lalu mamukulnya. Beri’tikaf maksud mengiakt diri dengan masjid dan tinggal di dalamnya dengan niat taqarrud kepada Allah  semasa beri’tikaf itu, mustahad baginya memperbanyakkan ibadat sunat seperti mendirikan solat, melakukan tilawah, berzikir, beristighfar, berdoa dan berselawat ke atas Nabi s.a,w.  Daripada ‘a’ ishah radiyat’alayhi’anha-isteri Nabi- s,a,w





             “ Bahawa Nabi s,a,w- beri’tikal ini pada 10 hari yang terakhir bulan Ramadan

                sehingganlah Allah mewafatkannya. Kemudian amalan beri’tikaf ini diteruskan

                oleh para isteri baginda selepas ini”. ( sahih al- bukhariy )    





Menjamu makanan adalah amlan Rasulullah s,a,w, para sahabat baginda dan golongan salihir yang menurut jejak baginda. Firman Allah-Ta’ala dalam surah al-nisan 8-9 :

              

               “ Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin,

                  anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya kamu memberikan

                  makanan kepadamu kerana mengharapkan keredaan Allah, kami tidak

                  menghendaki balasan daripada kamu dan tidak juga ucapan terima kasih”.





Rasulullah s,a,w bersabda yang bermaksud :





              “ sesiapa yang menjamu berbuka orang yang berpuasa, maka pahalanya sama

                 seperti pahala orang yang perpuasa itu tanpa mengurangkan sedikit pun pahala

                 orang yang berpuasa itu”. ( jami al-Tirmidhiy . kata abu ‘isa: Hadith Hasan

                 sahih )





kesan amlan menjamu makan itu boleh menimbilkan rasa persaudaraan dan kasih saying.





           Dalam bulam yang penuh dengan keberkatan ini disamping Allah s,w,t membuka pintu rahmatnya yang begitu luas, dalam kita berusaha untuk munghidupkan bulam Ramadan ini, terdapat juga halangan-halangan untuk membina ketakwaan kehaderat Allah. Punca seseorang berolah kejayaan bermula daripada sikap. Ini adalah sunnatullah yang disebutkan oleh Allah- menerusi furman-Nya dalam surah al-ra’d:-

 

            “ ….sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum sehingga ia mengubah

               Apa yang ada di dalam dirinya…”





Sebahagian orang tidak mahu mengubah pemikiran lama yang diwarisi dan adat kepemikiran yang sudah berakar umbi. Justeru sudah terbiasa,selesa dan sebati dengan amalan sedemikain, maka mereka enggan berfikir mencari kebenaran dan bertindak membuat perubahan. Masih ramai di kalangan kaum muslimin yang berpuasa terikut-ikut.Tujuan sebenar ibadat puasa diwajibkan oleh Allah tidak difahami oleh sesetengah individu. Fiqh al-siyam yang diperlajari tidak meluas merangkumi sudut akidah dan tasawwur, tetapi sempit dan terbatas. Pada masa sekarang boleh dikatakan kebanyakkan individu yang berpuasa, tidak lebih hanya sekadar berlapar dan dahaga. Buktinya selepas sahaja bulam Ramadan, ia kembali meneruskan tabiat lama dan perangai burulnya. Latihan sebulan di bulam Ramadan tidak banyak menyumbang kepada perubahan. Gambaran-gambaran negetif berikut masih terus berleluasa di sepanjang Ramadan. Beberapa gambaran berikut mungkin dapat menjelaskan makma kejahilan tentang fiqh al-siyam:-

·         Apakah seseorang itu dapat dikatakan faham tentang hakikat puasa jika ia masih meninggalkan solat?

·         Apakah seseorang itu dapat dikatakan faham tentang hakikat puasa jika ia masih tidak mahu menutup aurat dan tidak malu menayangkan pusat?

·         Apakah seseorang itu dapat dikatakan faham tentang hakikat puasa jiak muda-mudi berpasangan di taman-taman bermadu asmara atau mersa berpimpin tangan sambil melilau memilaih juadah atau makanan.

·         Apakah seseorang itu dapat dikatakan faham tentang hakikat puasa jika ia sanggup meninggaikan ibadat puasa tanpa sabarang uzur shar’iy.

Kata al-Baydawiy: “ bukanlah maksud pensyariatan puasa kerana menyuruh berlapar dan dahaga. Bahkan tuntutannya ialah ialah memecahkan nafsu syahwat dengan menundukkan nafsu ammarah kepada nafsu mutma;innah. Jika tujuan sedemikian tidak berhasil, maka Allah tidak memendang ibadatnya sebagai sesuatu yang boleh diterima.

Selain itu gemar berhidur juga , menghalang terbitnya takwa dalam diri individu muslim. Roh Ramadan adalah roh ibadat – roh takwa. Suasana Ramadan tidak boleh dicemari unsure-unsur shubuhat dan shahawat. Kecenderungan mengheret bulam Ramadan sebagai bualn pesta seperti pesta jualan.pesta makanan,pesta nyanyian,pesta fesyen,pesta mercun dan bunga api merupakan amalan yang terkeluar daripada roh syariat. Ia adalah amalan batil. Apabila Allah memuji orang meninggalkan perbuatan yang sia-sia, maka bagaimana pula hukumnya jika ada orang yang ikut berpesta memeriahkan amalan yang batil? Renungilah firman Allah-Jalla wa’Ala dalam surah luqman ayat 3 yang bermaksud





             “ Dan ada di antara manisia orang yang membeli lahw al-hadith yang akibatnya

                Menyesat dirinya dan orang ramai daripada jalan Allah tanpa pengetahuan; dan

                Membuatkan ayat-ayat Allah itu sebagai olok-olokan,mereka itu akan beroleh

                Azab yang menghinakan. Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat kami,

                Ia berpaling dengan angkuhnya, seolah-olah ada penyumbat pada kedua belah

                Telinganya; maka gembirakanlah ia dengan seksaan yang pedih”.

                   

Sikap gemar berbantah-bantah tanpa ilmu adalah amalan golongan sesat. Firman Allah dalam surah Luqman ayat 20 hingga 21.





                “ ….. dan sebahagian manusia ada orang yang gemar berbantah-bantah tentang

                 Allah tanpa ilmu, petunjaukdan kitad yang menerangi. Dan apabila dikatakan

                 kepada mereka: Ikutlah apa yang telah diturunkan Allah .” jawab mereka: “

                 Bahkan kami akan terus mangikut apa yang kami dapati daripada nenek

                 moyang kami”.   





Alangkah baiknya jika kaum Muslimin sakalian dapat berlapang dada, merujuk kepada petunjuk ilmu dan sentiasa tunduk kepada kebenaran tanpa taksub dan terikat kepada pendapat atau amalam tertentu hanya kerana ia sudah menjadi tradisi turun temurun. Bukankah al Iman al-Shafi’iy pernah berpesan: “ jika hadith itu sahih mak itulah pendapatku.” Amalan membazir adalah di antara tanda kufur nikmat. Ia menunjaukkan sikap sombong dan takbur kerana tidak menghargai nikmat yang telah Allah kurniakan. Termasuk amalan membazir ialah berbuka puasa dengan pelbagai jenisw juadah sehinggan banyak di antaranya yang akhrinya dicampakkan ke dalam tong sampah atau menjadi samtapan tanah, membazirkan wang dengan membakar mercun dan bunga api kerana terpengaruh dengan adat-adat bukan Islam serta berhabis-habisan berhias dan bergaya sampai mengabai segala garis panduan syarak:padahal Allah-s.w,t berfirman dalam surah al-Isra ayat 27 yang bermaksud :





              “ Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah suadara-saudara syaitan”



















Kata Ibu Mas’ud: “ Maksud membazir itu ialah membelanjakan harta bukan pada tempat-tempatnya.” Kata Mujahid: “ Jika seseorang itu menginfaqkan seluruh hartanya pada jalan yang benar, ia tidaklah disebut membazir Walaupun ia mengifaqkan sekadar secupak pada jalan yang tidak benar, ia adalah membazir.” Kata Qatadah: “ Maksud tadbhir itu ialah menafkahkan harta pada jalan maksiat kepada Allah Ta’ala, bukan kejalan kebenaran dan mendorong kearah kerosakan. Ghairah menyambut hari raya antara amalan yang perlu diperbetulkan. Akibatnya, sebahagian kaum Muslimin telah meninggalkan waktu-waktu yang utama, 10 hari yang terakhir di bulan Ramadan kita terlalu sibut dengan persediaan Hari raya. Malah ada yang sanggup meninggalkan puasa kerana terlalu penat membakar lemang, memasak ketupau dan memasak rendang serta sebagainya. Alangkah ruginya ! Padahal 10 hari yang terakhir itu lebih utama dan lebih patut diberikan perhatian daripada hari raya itu sendari. Sesiapa yang mensia-sia usaha mencari kebaiakan dalam bulam Ramadan , khususnya pada 10 hari terakhir itu seolah-olah ia telah mengenepikan kebaikan seluruhnya.    





         





















            Bulam Ramadan boleh dikatakan sebagai bulan untuk menyucikan jiwa,akhlak,dan sasiah. Bulan Ramadan juga merupakan bulan untuk melawan tuntutan nafsu. Madrasah Ramadan adalah agenda tarbiyah rabbaniyyah yang bertujuan memupuk jiwa takwa. Di bulan yang penuh dengan barakah ini mari kita semua menghidupkan bulan Ramadan ini dengan amalan yang diredai olah Allah dan kita tinggalkan dan kita jauhkan amalan yang dibenci oleh Allah dan Rasulullah supaya puasa kita di tahun ini menjadi puasa yang lebih baik berbanding tahun-tahun yang sudah. Sekian , yang baik itu datang daripada Allah dan yang tidak baik itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.



  

           





                                                                                                     

                            










No Response to "Sambutan ramadhan 2009.."

Leave A Reply