Khamis, 22 Oktober 2009

Pergi tanpa berita..

Posted on 8:53 PG by STuDio hArdwaRE

INSAN

Pagi ini
Tak kala mentari di ufut timur memancar sinar
Malam sudah berlalu pergi, rembulan telah hilang dari muka bumi
Semakin tualah usia si perempuan tua pengoda insan, semakai dekat muara pencipta
Dalam menyusuli sungai penuh berliku ada kalanya tersangkut si rangtin kayu
Banyak insan melalui dek arus pembanggunan kemajuan ada kalanya terlupa diri

Di rembang senja
Burung-burung pulang ke sarang setelah penat mencari rezeki
Sambil mendengar suara sayu memanggil insan
Pungguk-punggguk menitis air mata kepiluan melihat insan terus alpa
Dibuai perasaan tamak haloba mencari permata di dalam sekam
Terlupa pada hakikat penciptanya

Dalam
Mencari arah hidup banyak insan terpesong jalan
Memilih jalan banyak bercabang memilih cara duri membalut diri
Nanka-nanka berasa bangga memperlihatkan kulit kepada orang
Adap sopan telah terbuang tatatursila telah hilang dari diri setiap insan
Perginya tiada berganti patahnya tidakkan tumbuh

Si bijak pandai selalu berkata   
“ Carilah ilmu dimana-mana jangan duduk ditepi jalan
Jangan duduk tengah duduklah di dalam majlis ilmu
Kamu tidak kan rasa tersia-sia hati tenang lapang fikiran
Ibarat duduk di taman surga”

Di hari muka ini
Seruannya tiada didengar larangnya dibuat bahan ketawa
Orang mendekatinya dipandang serong orang menjauhinya dipuji berketi-keti
Ibarat diri berdiri sendiri tiada pencipta tiada dicipta
Kalau Tuan berkata begitu kenapa mati orang mengusung
Dimandi orang disembahyang orang kenapa tidak diri sendiri

Wahai insan !
Sedarlah diri sebelum malaikat maut
Datang memisah nyawa denganlah badan terbujur kaku tiada bergerak
Terkenang kita seketika apakah amalan aku membawa atau aku
Menanggung berguni-guni azab Mu Tuhan
Maha Suci Tuhan, hari ini aku telah melihat dan mempercayai akan kata-kaka Mu
Maka kembalilah aku ke dunia untuk aku beribadat kepada Mu
Sesungguhnya azab Mu adalah benar .
Apakah Tuhan akan menhidupkan insan sesudah mati ?

No Response to "Pergi tanpa berita.."

Leave A Reply